Takahashi Kazuki (高橋 和希 Takahashi Kazuki;
4 Oktober,
1961 di
Tokyo – s. Julai 2022 di
Okinawa)
[1] ialah pencipta
manga Yu-Gi-Oh!, yang kemudiannya menjadi versi
anime,
Toei Animation Yu-Gi-Oh! dan
Yu-Gi-Oh! Duel Monsters (dikenali di antarabangsa sebagai Yu-Gi-Oh!), dan juga terbitan turunan manga (
Yu-Gi-Oh! R), terbitan turunan anime (
Yu-Gi-Oh! GX, Yu-Gi-Oh! Duel Monsters GX di Japun), serta beberapa permainan video dan buku.Takahashi bermula sebagai
mangaka (penulis manga) pada tahun
1982. Karyanya yang pertama,
Tokiō no Tsuma (闘輝王の鷹), diterbitkan pada tahun
1990, dengan
Tennenshokudanji Buray (天然色男児BURAY), salah satu karyanya yang terawal, diterbitkan dalam dua jilid dari tahun 1991 hingga tahun 1992. Bagaimanapun, Takahashi tidak mencapai sebarang kejayaan sehingga tahun
1996 apabila beliau mencipta Yu-Gi-Oh!Manga Yu-Gi-Oh! memulakan penggunaan kad Yu-Gi-Oh! yang pada asalnya dikenali sebagai Magic and Wizards, suatu rujukan kepada permainan kad,
Magic: The Gathering; nama permainan kad kemudian ditukarkan menjadi Duel Monsters untuk padanan anime. Manga yang asal mempergunakan format bab episod, dengan setiap permainan yang berbeza dimainkan pada setiap bab. Bagaimanapun, Takahashi tidak pernah berhasrat untuk menumpukan manganya pada permainan kad yang diciptanya. Permainan kad Magic and Wizards sebenarnya bertujuan untuk hanya dua bab, akan tetapi
Shueisha, penerbit majalah
Weekly Shonen Jump menerima terlalu banyak surat daripada peminat yang ingin tahu tentang permainan tersebut. Oleh itu, Takahashi memutuskan untuk melanjutkannya.Takahashi suka main permainan seperti
Shogi (
catur Jepun),
mahjong (permainan jubin tradisional
Cina),
kad permainan, dan
permainan main peranan meja.
[2] Beliau juga suka membaca buku komik Amerika Syarikat, dengan
Hellboy merupakan watak komik kesayangannya. Takahashi dan
Mike Mignola, pencipta buku komik
Hellboy, pernah saling bertukar seni, dengan Takahashi melukis gambar Hellboy dengan gaya rambut
Yugi Mutou, Teka-teki Milenium, dan cakera perang. Mignola pula melukis gambar Hellboy yang memakai Teka-teki Milenium dan
kemeja T Yugi.
[3]Takahashi juga bermuafakat dengan
Yoshio Sawai. Beliau menghantarnya gambar Yugi yang digunakan dalam manga
Bobobo-bo Bo-bobo (Bobobo membuat Yugi melepaskan gaya rambut
afronya) dan sebagai balasan, memasukkan sapu tangan 'nu' ke dalam salah satu panel Yu-Gi-Oh! semasa arka Mesir.